Salam semua..Di sini saya ingin bertanya masalah penyakit saya yang membuatkan saya buntu..saya mengalami masalah sakit kaki rasa seperti kebas,menyucuk-nyucuk dan sampai tahap susah nak berjalan..untuk pengetahuan doktor semua bahagian pinggang saya juga sering sakit..tidak boleh angkat atau buat kerja berat-berat.....saya dah pernah berjumpa doktor di GH but doktor's answer was very dissapointing.. ambil x-ray tapi doktor kata tiada apa-apa masalah..untuk pengetahuan doktor juga, sudah lebih setahun saya mengalami masalah ini..Hope can advice what the best solution for this..your kind advice and co-operation is much appreciated.
Regards,
Asura
Apabila kita semakin tua, tulang belakang kita yang mengandungi saraf tunjang semakin sempit. Atas dasar ini lah keadaan ini dinamakan spinal stenosis, manakala lumbar merujuk kepada anatomi tulang belakang tersebut yang terletak di bahagian pinggang.
Anatomi
Tulang belakang adalah tulang kecil yang dinamakan vertebra, disusun secara menegak (vertical) bertindih atas vertebra yang lain. Otot, ligamen, saraf, dan intervertebral disks adalah bahagian tambahan yang membentuk tulang belakang.
Vertebrae
Bahagian lumbar yang sering menjadi punca sakit belakang. Spinal cord=saraf tunjangSaraf tunjang
Saraf tunjang adalah saraf seolah-olah kabel electrik. Ia membawa maklumat daripada atas (otak) ke otot-otot seluruh badan. Saraf tunjang terletak di dalam saluran yang berada di dalam vertebra. Saraf-saraf kecil keluar daripada saraf tunjang melalui beberapa lubang kecil yang terdapat pada tulang vertebra.

Apabila anda berjalan atau berlari, intervertabral discks bertindak sebagai penyerap hentakan dan mengelak vertebra daripada berlaga antara satu sama lain. Ia bertindak bersama facet joint membantu tulang belakang bergerat, berputar atau membongkok. Itervertebral disks adalah rata, berbentuk bulat (keratin rentas) dan setebal setengah inci setiap satu. Ia terdiri daripada 2 komponen utama iaitu :
Annulus fibrosus. Struktur yang kuat, fleksibel ini adalah struktur luar “outer ring”.
Spinal stenosis terjadi apabila ruang di sekeliling saraf tunjang semakin sempit. Hal ini member tekanan mekanikal kepada saraf tunjuang dan saraf-saraf yang bercabang keluar darinya seterusnya menyebab kesakitan, kebas atau lemah kaki.Apabila kita berumur, tulang belakang menjadi keras dan mungkin bertambah dari segi jisim. Hal ini menyebabkan saluran (spinal canal) di dalam vertebra semakin sempit. Apabila kesempitan ini berlaku di bahagian pinggang, ia dipanggil lumbar spinal stenosis.
Degenerasi vertebra berlaku pada 95%populasi apabila menjelang umur 50 tahun. Selalunya spinal stenosis terjadi pada golongan dewasa yang lebih 60 tahun , lelaki dan perempuan tiada beza dari segi insiden tetapi perempuan lebih menunjukkan symptom yang memerlukan rawatan.
Sebilangan kecil daripada populasi memang lahir dengan masalah tulang belakang yang mengakibatkan lumbar spinal stenosis. Penyakit ini dinamakan Congenital Spinal Stenosis, berlaku lebih banyak pada kaum lelaki. Simptom selalunya terzahir pada umur di antara 30 ke 50 tahun.
Dalam tulang belakang (vertebra),arthritis berlaku apabila intervertebral disks degenerasi dan hilang kandungan air. Di usia kanak-kanak dan remaja, intervertebral disks mengandungi kandungan air yang tinggi. Apabila tue, disks ini semakin kering dan semakin lemah. Hal ini menyebabkan tebal intervertebral disks semakin berkurangan dan fungsinya terganggu.
2 mudarat utama yang akan berlaku. Pertama berat badan yang sebelum ini ditampung oleh intervertebral disks telah berpindah ke face joints di belakang saraf tunjang. Kedua, lubang di mana cabang-cabang saraf keluar akan menjadi kecil dan sempit.Tekanan pada facet joint seterusnya mengakibatkan arthritis belaku. Cartilage (tulang rawan) yang menyaluti facet joint terhakis dan menyebabkan tulang-tulang vertebra berlaga antara satu sama lain tanpa ada pelincir (cartilage). Badan kita ingin melindungi tulang-tulang ini daripada terus rosak akibat lagaan tadi dengan pertumbuhan tulang baru pada facet joint yang menyokong tulang vertebra. Semakin lama, tulang baru yang dinamakan spur ini menyempitkan lubang keluar cabang-cabang saraf daripada tulang vertebra.
Selain itu, ligament juga bertambah dari segi saiz sebagai response kepada arthritis tersebut. Hal ini lebih menyempitkan lubang keluar saraf tadi. Apabila sudah cukup sempit, saraf akan terhimpit dan symptom sakit terzahir.Kebas atau rasa semut-semut pada punggung dan kaki. Tak semua menghidapi sakit, kebas-atau semut-semut pada kaki.
Kaki lemah atau foot drop. Mungkin satu kaki atau kedua-dua belah kaki.
Sakit berkurang apabila tunduk ke depan atau duduk. Kajian menunjukkan apabila kita tunduk ke hadapan, ruang untuk saraf bertambah dan mengurangkan kesempitan yang dialami. Pesakit didapat lega apabila tunduk ke depan lebih-lebih lagi dalam keadaan duduk. Sakit akan bertambah apabila berdiri tegak dan berjalan.
Pemeriksaan doktor

Prosedur ini juga dinamakan “Decompression”
(Left) Untuk melihat vertebra, otot ditarik ke sisi. (Right) Selepas laminectomy, bone graft material dan screw diletakkan di sisi vertebra untuk mempercepat menyembuhan.
Fusion ini mengurangkan pergerakan antara vertebra lantas mengurangkan kadar kegagalan selepas pembedahan. Doktor bedah akan menggunakan rod dan screwFusion eliminates motion between vertebrae and prevents the slippage from worsening after surgery. The surgeon may also use rods and screws to hold the spine in plac untuk memegang tulang belakang supayabercantum dengan sempurna.
Kami juga akan memakaikan brace atau korset untuk mempercepat pemulihan. Pesakit juga digalakkan cuba berjalan.
Mereka yang berisiko tinggi adalah orang tua, lebih berat badan, kencing manis, perokok ataupun pesakit yang mempunyai penyakit-penyakit lain.
1. -koyak pada dura yang menyaluti saraf
2. -tulang gagal bercantum
3. -screw dan rod gagal menyokong
4. -kecederaan pada saraf
5. -gagal mengurangkan symptom
6. -simptom kembali
2. Minimally invasive Decompression
(masih baru di malaysia)








